Pergi ke kandungan

Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!
PengarahEirma Fatima
Hjh. Ainon Ariff
Dihasilkan olehHj. Burhanuddin Md Radzi
Yusry Abdul Halim
DibintangiPuteri Balqis
Awie
Remy Ishak
Gambit Saifullah
Sara Ali
David Teo
Asyiela Putri (suara)
Nur Fathiah Diaz (suara)
Muzik olehYubi Band
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • Malaysia 24 November 2016
  • Amerika Syarikat 25 November 2016
  • Kanada 28 November 2016
  • Indonesia 13 November 2016
  • Jepun 14 November 2016
  • Australia 26 November 2016
  • India 27 November 2016
  • Pakistan 30 November 2016
  • Perancis 28 November 2016
  • Jerman 25 November 2016
  • Itali 10 Disember 2016
  • Belgium 27 Disember 2016
  • Korea Selatan 12 Disember 2016
  • Portugal 11 Disember 2016
  • Singapura 28 November 2016
  • Taiwan 29 November 2016
  • Thailand 28 November 2016
  • Belanda 26 November 2016
  • Finland 2 Disember 2016
  • Sweden 26 November 2016
  • Republik Rakyat Cina 27 November 2016
  • United Kingdom 25 November 2016
  • Lubnan Disember 3 2016
  • Slovenia 24 November 2016
  • Slovakia 7 Disember 2016
  • Albania 4 Disember 2016
  • Romania 26 November 2016
  • Senegal 24 November 2016
  • New Zealand 24 November 2016
Masa tayangan
98 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM3 juta

Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! merupakan filem Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2016 oleh KRU Studios dengan kerjasama Les' Copaque Production. Filem ini menggabungkan lakonan sebenar dengan animasi dan menampilkan watak-watak animasi Upin dan Ipin di dunia nyata.

Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! diarah oleh Eirma Fatima bersama Hajjah Ainon Ariff, penerbit siri Upin & Ipin, dan diedarkan oleh Primeworks Studios. Ia mula ditayangkan di 121 buah pawagam di seluruh Malaysia mulai 24 November 2016.

Aqish ialah seorang anak yatim yang setia meminati Upin dan Ipin, suka melukis dan menggantung gambar Upin dan Ipin, bahkan suka berangan-angan berkawan dengan watak-watak Upin dan Ipin. Pada suatu hari, nasib malang melanda Aqish apabila rumah anak yatim dan tanah yang didudukinya bakal dijual kepada pihak luar, memungkinkan Aqish kehilangan tempat untuk bergantung. Duka Aqish begitu menyentuh perasaan sehingga watak-watak Upin dan Ipin dalam lukisan pun terasa dan mereka pun muncul ke dalam dunia Aqish dalam bentuk watak hidup untuk menghiburkan dan menemani Aqish dalam menghadapi dugaan.[1]

Jualan tiket

[sunting | sunting sumber]

Filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! ditayangkan di sebanyak 121 pawagam di seluruh Malaysia pada minggu pertama tayangannya. Untuk hujung minggu pertama (24-27 November) diumumkan kutipan tiket sejumlah RM3 juta.[2] Ini termasuk RM500,000 pada hari pertama sendiri.[3] Filem ini menduduki tangga nombor dua dalam carta kutipan tiket pawagam Malaysia pada minggu pertamanya.

Filem ini menerima ulasan rata-rata positif daripada pengulas akhbar. Bibi Nurshuhada Ramli dari New Straits Times mengulas bahawa Jeng Jeng Jeng! berjaya menggabungkan platform animasi dan aksi sebenar hingga babak Aqish bermain dengan Upin dan Ipin kelihatan realistik, tetapi mengeluh tentang penceritaan yang tidak menepati cita rasa dirinya.[4] Angelin Yeoh untuk The Star pula memberikan markah 6/10 dengan meluahkan rasa tidak sangka bahawa filem ini mengisahkan kesanggupan menggadaikan maruah demi wang, bahkan harusnya digelar Upin & Ipin: Jagat.

  1. ^ "#MOVIEREVIEW - UPIN DAN IPIN: JENG JENG JENG!". Dicapai pada 2016-12-06.
  2. ^ "Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! kutip RM3 juta". Berita Harian Online. 2016-11-30. Dicapai pada 2016-12-06.
  3. ^ "Jeng Jeng Jeng! New Upin & Ipin film scores RM500K on first day of screening [VIDEO]". NST Online. 2016-11-25. Dicapai pada 2016-12-06.
  4. ^ "Cute twins win hearts again". NST Online. 2016-11-24. Dicapai pada 2016-12-06.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]